KEAJAIBAN KANDUNGAN PERUT LEBAH YANG TIDAK PERNAH KITA KETAHUI!


Rahsia kini terbongkar iaitu cairan yang keluar daripada perut lebah berpotensi digunakan menangani pathogen yang berbahaya yang mempunyai kekebalan atau kerintangan terhadap antibiotik.


Penemuan mengkagumkan ini oleh Dr. Tobias Olofsson, Dr Alejandra Vasquez daripada Jabatan Perubatan Mikrobiologi, Universiti Lund, Sweden dan Dr. Diana Sammataro daripada Pusat Penyelidikan Lebah Madu Carl Hayden, Arizona Amerika telah mengenal pasti 13 Bakteria Asid Laktid atau "Lactid Acid Bacteria" (L.A.B.) yang terkandung dalam madu daripada perut lebah mampu melawan patogen paling tahan antibiotik yang menjejaskan kehidupan manusia.






Gambar di atas menunjukkan Lactic Acid Bacteria (L.A.B.) ditemui dalam perut lebah; mengandungi bakteria jenis genus Lactobacillus (8), Bifidobacterium (4) dan Pasteurelaceae (1).


BERAPA BANYAK BAKTERIA INI DALAM PERUT LEBAH?


Pasukan penyelidik menganggarkan bagi setiap 1 jenis bakteria terdapat sebanyak 1,000,000 (1 juta) bilangan bakteria. Maka apabila terdapat 13 jenis bakteria ini, bermakna 13,000,000 (13 juta) bakteria bermanfaat terkandung di dalam perut seseekor lebah.



Saintis mendapati L.A.B. samada secara berasingan atau kombinasi berupaya membunuh 14 jenis pathogen yang berbahaya termasuk "Methicillin-Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA)", ‟Pseudomonas Aaeruginosa‟ dan ‟Vancomycin-Resistant Enterococcus".

Ini berita baik bagi mereka yang mengamalkan pengambilan MADU. Bayangkanlah apabila bakteria baik ini 'bekerja' untuk melindungi tubuh anda. Tapi ini mungkin berita kurang baik bagi taukey produk minuman kultur kerana terbongkarnya 'pesaing' hebat ini!



Dapatkan tawaran lebih JIMAT Madu Tualang Asli di sini (klik sini).



'Ke Arah 1 Rumah, 1 Bekas Madu Asli'

No comments:

Post a Comment