KENALI KAMI

Kami adalah pengedar yang sah bagi produk-produk Madu Tualang keluaran syarikat Syairtimur Enterprise. Antara produk yang menjadi 'bestseller' adalah Madu Tualang, Madu Tualang Pos, Madu Tualang Premium Tiris dan juga Madu Abang Kuat.

Perniagaan madu lebah tualang ini telah dimulakan oleh syarikat Syairtimur Enterprise sejak dari tahun 1991 lagi secara kecil-kecilan sehinggalah pada tahap sekarang yang mana kami adalah pencari madu, penjual serta pembekal kepada para peniaga di seluruh Malaysia.

Perbezaan madu kami, Madu Tualang Syairtimur dan penjual madu lain adalah madu lebah ini diambil sendiri oleh team kami. Kami ber'XPDC' ke dalam hutan rimba di Sumatera, meredah bukit bukau, paya, sungai dalam, risiko binatang buas, hanya semata-mata mencari madu tualang yang benar-benar tulen.


Kami amat menitikberatkan cara pengambilan, perahan, penapisan dan penyimpanan yang bersih serta menjaga mutu keunggulannya. Yang terpenting sekali madu tualang ini diturunkan dari atas pokok dengan penyaksian dari mata krew kami. Bermakna jaminan ini 100% tulen dan tidak diragui.

Kualiti madu tualang kami terjamin berbanding penjual madu tualang lain yang mengambil madu untuk diniagakan dari orang tengah yang tidak dikenali latar belakangnya.



Kajian UPM pada 1995 mendapati khasiat Madu Lebah Tualang Asli hutan adalah 5 kali ganda lebih baik daripada madu lebah yang diternak/dibela di dalam kotak.

Madu tualang ini amat sesuai digunakan untuk membantu mengurangkan dan mengelak berbagai penyakit, tenaga dalaman dan minuman multivitamin untuk seisi keluarga.

AWAS! Jangan tertipu dengan limpahan MADU TUALANG TIRUAN yang semakin bermaharajalela di pasaran. Dapatkan hanya yang ASLI dari kami.

Setiap pesanan/pembelian online secara Call/SMS/WhatsApp akan kami hantar melalui poslaju tanpa bayaran/caj penghantaran (seluruh Semenanjung sahaja). Bagi Sabah dan Sarawak sedikit caj dikenakan bagi menampung kos penghantaran ini.


Sekian. Terima kasih kerana sudi mengenali kami 😘😘😘


Tawaran lebih JIMAT Madu Tualang Asli di sini (klik sini).


'Ke Arah 1 Rumah, 1 Bekas Madu Asli'

No comments:

Post a Comment