RINGKASAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SEMINAR MADU LEBAH KEBANGSAAN


Di bawah adalah ringkasan pembentangan kertas kerja ketika Seminar Madu Lebah Kebangsaan beberapa tahun lalu di Kota Bharu, Kelantan.


MADU TUALANG SEBAGAI ANTIKANSER

Oleh: Prof Madya Dr. Nik Soriani Yaacob, Universiti Sains Malaysia (USM)

Tahukah anda 1 daripada 4 kematian berpunca daripada penyakit kanser? Di Malaysia, kanser payudara merangkumi 30% daripada kanser yang didiagnos pada wanita manakala kanser usus dan kanser paru-paru adalah paling lazim bagi lelaki.

Rawatan masa kini :-
- Melibatkan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.


Tujuan kemoterapi dan radioterapi :-
- Untuk membunuh sel kanser menggunakan drug sitotoksik, hormon atau radiasi dengan kos tinggi.

Tetapi kesan sampingan lazim berlaku kerana drug ini tidak dapat disasarkan hanya kepada sel-sel kanser kerana sel-sel normal yang sedang membahagi pada kadar yang tinggi juga boleh termusnah. Rawatan radiasi juga boleh menyebabkan penghapusan sel-sel normal yang berhampiran sel-sel kanser yang dirawat. Lebih teruk lagi, sesetengah sel kanser menjadi rentan kepada rawatan yang diberi menyebabkan sel-sel ini tidak terhapus tetapi terus membahagi mengakibatkan kanser berulang.

Seorang pesakit kanser sedang menjalani rawatan kemoterapi

Kajian Penyelidik-Penyelidik USM Menggunakan Madu Tualang


Kajian daripada mereka menunjukkan madu tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser. Sel kanser yang dirawat dengan madu menjalani proses apoptosis yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel tersebut. Tambahan pula, madu tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel-sel kanser payudara oleh drug tamoxifen, iaitu 1 drug yang digunakan dalam kemoterapi :-


•Proses kematian sel dirangsang melalui mekanisme pengisyaratan tertentu di dalam sel.
Saiz kanser payudara yang terbentuk dalam tikus makmal-mengecil, membesar dengan lebih perlahan atau tidak terbentuk lagi, lewat berbanding tikus yang tidak diberi madu tualang.
•Pengurangan saluran darah ke lokasi kanser boleh menyekat pertumbuhan sel kanser.
•Peningkatan jumlah sel imun di sekeliling sel-sel kanser boleh merangsang pembunuhan sel kanser oleh sistem imun.
Kajian tersebut menunjukkan potensi madu tualang sebagai suplemen dalam terapi kanser.


MADU DAN RAWATAN KELECURAN

Kajian: Universiti Sains Malaysia

Madu lebah telah lama digunakan dalam rawatan secara tradisi untuk luka dan melecur. Madu, gris (lemak) dan kain tiras adalah pembalut luka yang paling kerap digunakan bagi rawatan luka oleh masyarakat Mesir Purba. Madu dipercayai berkesan dalam merawat jangkitan bakteria pada luka. Ianya sangat hipertonik dan dapat membunuh bakteria dengan kaedah kecutan osmotik selain dari menyedut cecair dari luka.

Kajian santifik membuktikan madu mempunyai aktiviti antibakteria. Kajian juga menunjukkan madu mampu mempunyai aktiviti menghalang radangan. Kesan keseluruhannya adalah mengurangkan jangkitan & meningkatkan kemampuan luka untuk sembuh.



MADU LEBAH DAN KESIHATAN REPRODUKTIF LELAKI

Oleh: Dr. Mohaneem Mohamed, Pensyarah Kanan Jabatan Fisiologi, USM

Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam menghasilkan anak atau zuriat. Pada lelaki organ reproduktif lelaki yang penting adalah testis, epididymis, kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen dan zakar.

Di India, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan 'Mead' dan terdapat amalan oleh pengantin lelaki dan perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia pula, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah diambil bersama bahan lain seperti buah kemiri, bawang merah, rempah ketumbar dan telur ayamIa dipercayai untuk meningkatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar


Kelebihan madu tualang dikuatkan lagi melalui kajian ke atas tikus jantan normal yang telah menunjukkan bahawa:

•Pemberian madu dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3 dan 4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma.


Kajian dijalankan pada tikus jantan yang didedahkan kepada asap rokok pula, hasilnya:

•Pemberian madu tualang dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan sperma kepada tikus betina (mengawan) dan seterusnya berupaya menghasilkan anak.
Peningkatan pada paras testosteron dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal.
Paras antioksidan di dalam testis tikus meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang.
•Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksid asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.



MADU DAN PENYAKIT HIV

Oleh: Dr. Wan Nazikarah, Jabatan Farmakologi, USM

'Human Immunodeficiency Virus' atau dikenali sebagai HIV adalah sejenis virus yang menyerang manusia. Ia mula dikesan pada awal 80-an. HIV berjangkit melalui darah dan air mani. Ia membiak di dalam badan dan melemahkan sistem pertahanan badan (imuniti) pesakit. Lama-kelamaan sistem pertahanan badan dilumpuhkan sepenuhnya oleh virus HIV menyebabkan badan tidak berupaya untuk mempertahankan diri dari serangan kuman-kuman lain.

Madu terkenal dengan khasiatnya yang berbagai seperti meningkatkan sistem pertahanan badan dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Pengambilan madu setiap hari dapat meningkatkan 47% kepekatan vitamin C di dalam darah. Pesakit HIV boleh mendapat manfaat dengan mengambil madu setiap hari di mana madu berfungsi meningkatkan imuniti (sistem pertahanan badan) pesakit. 



MADU DAN DIABETIS (KENCING MANIS)

Oleh: Dr. Mohd Suhaimi


Ramai pesakit kencing manis takut nak makan madu. Ubah mentaliti anda. Madu bagus untuk kencing manis!

Kenapa madu bagus? Kerana madu mempunyai Glycemic Index (G.I) yang rendah berbanding makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, roti putih dan kentang bakar. G.I ialah faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan.

Dalam kajian yang melibatkan tikus yang diaruh menjadi penyakit kencing manis, tikus yang diberi madu mempunyai paras oksigen yang lebih rendah berbanding tikus yang tidak diberi madu. Penggunaan madu oleh pesakit kencing manis dapat membantu mengawal penyakit dan kemungkinan dapat melambatkan penghasilan komplikasi.




KESIMPULAN


Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar bagi pelbagai jenis penyakit". Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya "Qanun - Fit - Tib" telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu Lebah".

Lebah Tualang (Apis Dorsata)

Lebah merupakan suatu ciptaan Allah S.W.T. dan dikenali kerana madunya. Ia terkenal kerana sebagai satu kelompok masyarakat ia amat berdisiplin dan rajin berusaha dan hasilnya, ia dapat mengeluarkan sesuatu yang mempunyai 1001 khasiat sehingga dalam Allah S.W.T. telah mengabadikan satu surah berkenaan makhluk ini di dalam al-Quran iaitu surah (Al-Nahl) atau Lebah

Dalam surah ini ayat 68-69, Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud :-

“Dan Rabbmu mengilhamkan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia."

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan."

Dapatkan tawaran lebih JIMAT Madu Tualang Asli di sini (klik sini).

'Ke Arah 1 Rumah, 1 Bekas Madu Asli'

No comments:

Post a Comment